Semangat Perjanjian Malaysia 1963 akan terus jadi keutamaan Kerajaan Perpaduan.<br /><br />Komitmen itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menyempurnakan majlis menandatangani pemuafakatan antara gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan, di Perdana Putra, Putrajaya.<br /><br />Perjanjian persefahaman kerjasama itu ditandatangani oleh setiausaha agung gabungan politik yang terlibat.
